Pages

Powered By Blogger

Saturday, October 6, 2012

[No title yet]...

''Jaga diri baik-baik. Kalau sakit, pegi hospital. Nanti kalau ada kecemasan, telefon abg ko tu.''

Kata-kata mak masih lagi terngiang di dalam kepala sejak bertolak daripada Lahad Datu ke Tawau. Air jernih mengalir deras di pipi mak bila menghantarku di perhentian bas Lahad Datu. Tidurku di dalam kereta 4WD tidak lena kerana memikirkan apakah yang akan berlaku bila aku akan menjejakkan diri buat kali pertama ke Semenanjung Malaysia nanti. Mungkinkah aku tidak akan dapat menyesuaikan diri di sana nanti? Makanan, bahasa, gaya hidup dan banyak lagi yang tak pernah ku ketahui. Paling-palingpun aku sekadar mendapat maklumat di internet dan cerita-cerita keluargaku sahaja selama ini mengenai tanah Semenanjung. Banyak juga anggapan dan cerita tidak enak didengar daripada laman-laman web. Itu la, ini la. Tetapi dah menjadi prinsip hidupku untuk tidak semena-mena mempercayai kata-kata orang lain tanpa bukti dan usul periksa terlebih dahulu. (to be cont...)

Sunday, June 3, 2012

Untuk Dia~~~ (Ryna Rahim)
 

Sunday, April 1, 2012

Lirik dan Maksud Embal Du Pagsusunanku - Den Bisa

Takissa ku dayang magpattakan, bohe mata bai kinallogan
(Terasa ku sayang bercucuran air mata akibat terkilan)
Paddi dayang bai bissala la anan nu aku min reom atai nu
(Sakit sayang sebab percakapan engkau hilangkan aku sentiasa di dalam hatimu)
Man kabalehan nu, embal du pagsusunanku
(Jika itu yang engkau nak, tidak juga aku menyesal)
Min katagna kita karuangan, bai di kau' pangatayan
(dari pertama kali kita berdua, sesudah bersatu hati)
Angai dayang batay naan, emboho
(Kenapa sayang macam begitu, habis tu)
Aku ni laanan
(Aku dibuang)
Tahati nu dayang seksa atai
(Mengertikah engkau sayang seksa hati)
A'a bai tinambanan
(Orang yang telah ditinggalkan)

C/O
Da a na siksaun
(Janganlah kau siksa)
Ataiku sukup na bai pali an
(Hatiku cukup sudah dilukai)
Pi un na aku magsehek maka atai magkarukkaan
(Biarlah aku berkawan dengan hati yang sedih)
Angai ba dayang
(Kenapa bah sayang)
Subai aku ni tambanan
(Harus aku ditinggalkan)
Angai ba tuan
(Kenapa bah tuan)
Hamnia pag ampunan
(Tiada rasa belas kasihan)

Junya diya itu
(Dunia ini)
Takissa ku lendom
(Terasaku gelap gelita)
Ellau sangomku hamnia katantuan
(Siang malamku tidak tentu arah)
Nangis aku dayang dangan-dangan
(Menangis aku sayang keseorangan)
Ka'a Magkasannangan
(Engkau bersenang hati)

Di kau' amu' ku
(Hanya satu ku pinta)
Maka alasah ku
(Dengan cintaku)
Subai ka ta entomku
(Engkau harus selalu dalam ingatan)

p/s: Ni sekadar yang asheed taw. ada salah silap tolong betulkan or maafkan. =)

Wednesday, February 22, 2012

Betta stigmosa

Species: Betta stigmosa
Family: Osphronemidae
Found at Sg. Embong, Terengganu. 17/02/2012

=) betta fishes so beautiful...

Saturday, December 3, 2011

Risau...risau...risau...

bulan disember bulan mencabar bg saya..mana taknya...test+assignment+presentation+FYP semua bermain di minda.. =P harap2 sebelum masuk tahun baru n masuk exam sem 5 ni,semua bjalan ngan lancar n baik..amin.... wish all d best 2 sumbody dat will take exam or test XD
zZZzzzZZZzz...

Friday, February 4, 2011

Yusof Haslam dan Syamsul versi Jozan.

Meh2 tengok video dua orang budak gila...

Wednesday, February 2, 2011

Torres Sanz.

Fernando Torres yang juga dikenali sebagai el-nino telahpun menandatangani kontak 5 tahun setengah bersama Chelsea FC. Bagi asheed,ini adalah tindakan yang wajar ataupun bijak dilakukan oleh Torres. Mana taknya, sebarang tropipun tak menang kat Liverpool FC setelah bertungkus-lumus menjaringkan gol yang banyak.

Torres merupakan pemain yang berbakat besar dalam sejarah bola sepak antarabangsa. Beliau banyak memenangi anugerah individu sepanjang kariernya. Tak kurang juga dengan anugerah berpasukan iaitu bagi negaranya,Sepanyol. Torres menjaringkan gol kemenangan bagi Sepanyol pada perlawanan akhir Euro 2008 menentang Jerman. Pada tahun 2010, Sepanyol sekali lagi dinobatkan sebagi juara untuk edisi Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan walaupun permainan yang ditunjukkan oleh Torres pada masa itu dianggap kurang memberansangkan dan tidak menjaringkan sebarang gol dalam kejohanan tersebut.


Cemerlang di Atletico Madrid.
Menjadi kapten pada usia 19 tahun.
Torres kecewa bersama Liverpool FC???