Pages

Powered By Blogger

Saturday, October 6, 2012

[No title yet]...

''Jaga diri baik-baik. Kalau sakit, pegi hospital. Nanti kalau ada kecemasan, telefon abg ko tu.''

Kata-kata mak masih lagi terngiang di dalam kepala sejak bertolak daripada Lahad Datu ke Tawau. Air jernih mengalir deras di pipi mak bila menghantarku di perhentian bas Lahad Datu. Tidurku di dalam kereta 4WD tidak lena kerana memikirkan apakah yang akan berlaku bila aku akan menjejakkan diri buat kali pertama ke Semenanjung Malaysia nanti. Mungkinkah aku tidak akan dapat menyesuaikan diri di sana nanti? Makanan, bahasa, gaya hidup dan banyak lagi yang tak pernah ku ketahui. Paling-palingpun aku sekadar mendapat maklumat di internet dan cerita-cerita keluargaku sahaja selama ini mengenai tanah Semenanjung. Banyak juga anggapan dan cerita tidak enak didengar daripada laman-laman web. Itu la, ini la. Tetapi dah menjadi prinsip hidupku untuk tidak semena-mena mempercayai kata-kata orang lain tanpa bukti dan usul periksa terlebih dahulu. (to be cont...)

0 comments:

Post a Comment