Pages

Powered By Blogger

Thursday, December 16, 2010

ALaSan LaPUk laGi.

          Kenapa asyik menggunakan alasan tak munasabah untuk menutup salah sendiri? Hari ini Asheed nak bercerita tentang-tentang satu alasan yang Asheed tak boleh terima. Alasan yang saya maksudkan ialah memberitahu bahawa seseorang itu sakit hingga boleh menyebabkan kematian supaya dapat melupakan dirinya ataupun nak mendapatkan perhatian. Haddoi!!!

          Ada satu cerita ni, seorang lelaki ada kekasih hati yang sangat dia cintai. Pada masa itu, dia sedang menuntut kat sebuah kolej. Setiap hari dia tak pernah jemu menghubungi kekasihnya walaupun banyak perempuan kat kolej menyukainya. Setia la katakan. Sehinggalah suatu hari kekasihnya bercakap sesuatu yang pelik-pelik dan memberitahu ada lelaki mengganggunya. Semenjak itu, perempuan itu jarang menghubunginya dan suatu hari dia memberitahu bahawa dia ada penyakit dan tak lama lagi akan mati. Lelaki itu terkejut dan sedih. Keesokan harinya lelaki itu tak dapat lagi menghubungi perempuan itu. Lelaki itu cuba melupakan segala dan menumpukan kepada pelajarannya. Selang beberapa bulan kemudian, perempuan yang telah 'mati' menghubunginya semula. Lelaki itu tidak marah tetapi memberitahu supaya tidak menghubunginya lagi kerana dia tidak menerima orang yang telah mati di hatinya.

Pengajarannya? Lu pikirlah sendiri.

0 comments:

Post a Comment